Telaah ialah sebuah rancangan bual bicara mingguan dalam talian yang membedah kandungan buku-buku pemikiran, falsafah, dasar awam dan pembangunan ilmu sebagai usaha menyuburkan budaya keilmuan nasional. Diilhamkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Tela’ah menjadi pentas interaksi antara pemikir, ilmuwan dan masyarakat – menyuburkan dialog kritis dan membina.
Sertai kami setiap minggu untuk mendalami idea, menelusuri wacana dan memperkasa pemahaman terhadap dunia ilmu.
Tela’ah merupakan gabungan antara keghairahan membaca dan keperluan membedah pemikiran. Ia hadir sebagai respons kepada tuntutan membina negara bangsa yang celik ilmu, berpaksikan kepada agenda Malaysia MADANI.
Digerakkan oleh tokoh-tokoh akademik, pengulas buku dan pemikir dasar, Tela’ah mengetengahkan buku-buku yang relevan kepada pembinaan masyarakat progresif, sambil menggalakkan perbincangan rentas bidang dan generasi.
Episod Mingguan
Setiap minggu, Tela’ah membawakan ulasan mendalam buku-buku terpilih bersama panel jemputan yang terdiri daripada cendekiawan, pensyarah, penggubal dasar dan pemikir muda.
📚 Tonton episod penuh di YouTube atau Facebook kami.
Ingin menjadi tetamu? Mahu cadangkan buku untuk dibedah? Atau ingin menjadi sukarelawan penterjemah kandungan?