
KPT Perluas Audio Siar Telaah, Subur Minat Membaca, Perbincangan Ilmu Secara Intelektual
Telaah merupakan satu inisiatif cetusan idea Perdana Menteri yang sememangnya dikenali sebagai seorang pencinta buku dan pemimpin berjiwa ilmu.
Tela’ah ialah sebuah rancangan bual bicara mingguan dalam talian yang membedah kandungan buku-buku pemikiran, falsafah, dasar awam dan pembangunan ilmu sebagai usaha menyuburkan budaya keilmuan nasional. Diilhamkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Tela’ah menjadi pentas interaksi antara pemikir, ilmuwan dan masyarakat – menyuburkan dialog kritis dan membina.
Sertai kami setiap minggu untuk mendalami idea, menelusuri wacana dan memperkasa pemahaman terhadap dunia ilmu.
Tela’ah merupakan gabungan antara keghairahan membaca dan keperluan membedah pemikiran. Ia hadir sebagai respons kepada tuntutan membina negara bangsa yang celik ilmu, berpaksikan kepada agenda Malaysia MADANI. Digerakkan oleh tokoh-tokoh akademik, pengulas buku dan pemikir dasar, Tela’ah mengetengahkan buku-buku yang relevan kepada pembinaan masyarakat progresif, sambil menggalakkan perbincangan rentas bidang dan generasi.
Ketahui lebih lanjut mengenai bual bicara TELAAH

Telaah merupakan satu inisiatif cetusan idea Perdana Menteri yang sememangnya dikenali sebagai seorang pencinta buku dan pemimpin berjiwa ilmu.

Telaah di kampus anda, di mana pelajar, pensyarah, dan kakitangan dapat berkumpul untuk berbincang dan berkongsi pandangan mengenai buku-buku dan idea-idea yang dibincangkan.

Pasca penutupan rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025, sebuah inisiatif baharu yang menggugah intelek telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi — Telaah, satu platform bedah buku yang mempertemukan pemikir, penulis dan ilmuwan dalam bual bicara ilmiah, membedah karya besar yang membentuk dasar dan budaya fikir masyarakat.