KPT Perluas Audio Siar Telaah, Subur Minat Membaca, Perbincangan Ilmu Secara Intelektual

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) — Telaah, sesi diskusi dan membedah buku serta karya melalui audio siar
yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025
semalam, akan diperluas dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata beliau telah berbincang dengan Menteri
Pendidikan Fadhlina Sidek dan program itu akan dikembangkan kepada khalayak yang lebih luas membabitkan mahasiswa, pensyarah, para guru dan anak-anak sekolah bagi mewujudkan rasa cinta kepada amalan membaca.

Beliau berkata Telaah merupakan satu inisiatif cetusan idea Perdana Menteri yang sememangnya dikenali sebagai seorang pencinta buku dan pemimpin berjiwa ilmu.

“Dalam setiap ucapan beliau, pasti akan ada petikan kata-kata tokoh dan buku-buku penting yang
menghidupkan wacana dan mencerdaskan minda rakyat.

“Telaah bukan sekadar program, ia adalah gerakan. Gerakan untuk menyuburkan semula minat membaca,
budaya bedah buku dan perbincangan intelektual yang berasaskan ilmu,” katanya dalam hantaran di
Facebook hari ini.

Episod pertama Telaah semalam menampilkan Anwar sebagai tetamu istimewa dengan mengupas empat
naskhah dari perpustakaan peribadi beliau iaitu Kemiskinan Melayu dan Jalan Kepulihannya karya pendeta
Za’ba, Jejak-Jejak di Pantai Zaman (Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz), Islam dan Sejarah Kebudayaan
Melayu (Profesor Diraja Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas) dan Islam dan Melayu: Martabat Umat dan
Daulat Rakyat (Datuk Dr Siddiq Fadzil).

Zambry juga berkata bagi menyahut perkembangan teknologi pendigitalan, pertandingan bedah buku
secara dalam talian akan turut diadakan agar masyarakat dari semua pelusuk negara dapat
menyertainya.

“Hasrat kita jelas, mewujudkan sebuah bangsa yang bukan hanya membaca tetapi membaca dengan
faham dan faham dengan semangat membina.

“Saya mengharapkan Telaah menjadi platform untuk dihidupkan kembali budaya ilmu. Dari pemimpin
tertinggi negara hingga ke akar umbi masyarakat, Telaah adalah milik semua. Insya-Allah kita jumpa di
Telaah episod seterusnya selepas ini,” katanya.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi itu merupakan wadah terkini yang mendukung aspirasi
besar negara untuk membudayakan wacana berasaskan pembacaan dan mentransformasikan
keghairahan terhadap ilmu menjadi amalan kebangsaan.

Disiarkan seminggu sekali melalui platform dalam talian, Telaah mempertemukan tokoh-tokoh ilmuwan,
penulis dan masyarakat umum dalam diskusi terbuka yang mencetus pemahaman lebih jitu terhadap
pelbagai isu kemasyarakatan serta ketamadunan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

— BERNAMA

Rangkuman Berita:
KPT perluas audio siar Telaah, subur minat membaca, perbincangan ilmu https://www.sinarharian.com.my/article/731890/berita/nasional/kpt-perluas-audio-siar-telaah-subur-minat-membaca-perbincangan-ilmu

Perdana Menteri Sertai Audio Siar “Telaah” Anjuran KPT https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2025/06/01/29884/

BERNAMA – KPT Perluas Audio Siar Telaah, Subur Minat Membaca, Perbincangan Ilmu Secara Intelektual https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2430112

BERNAMA – Baucar Buku Diperluas Kepada 400,000 Guru – PM Anwar
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2429729

PM umum pemberian Baucar Buku Madani kepada guru
https://www.sinarharian.com.my/article/731678/berita/nasional/pm-umum-pemberian-baucar-buku-madani-kepada-guru

https://malaysiatribune.news/berita-semasa/telaah-program-audio-siar-diluncurkan-perdana-menteri/

KPT perluas audio siar telaah, subur minat membaca, perbincangan ilmu secara intelektual

https://www.utusanborneo.com.my/2025/06/01/budaya-membaca-perlu-terus-disemarakkan-pm-anwar

https://malaysiabangkit.com/bahasa-melayu-tak-boleh-jadi-bahasa-kedua-pm/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *